CANTUMAN BAJI
Kami mempelajari kaedah cantuman baji pada kelas amali petang ini. Ini adalah kelas amali yang terakhir untuk semester ini. Kami diberi penerangan mengenai aktiviti amali pada petang ini.
Kaedah cantuman baji ini dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan pelbagai variasi pokok dalam satu pokok dari segi warnanya yang berlainan ataupun berlainan pada daunnya.
Kami dikehendaki mematuhi beberapa syarat dalam melaksanakan kaedah ini. Antaranya yang perlu kami kenalpasti adalah seperti berikut :
Pokok hendaklah dari spesies yang sama walaupun berlainan warna atau jenis daunnya. Contohnya, sekiranya pokok kertas dengan pokok kertas yang berlainan warnanya tetapi sama spesienya boleh digabungkan/dibuat cantuman ini.
Saiz kelebaran pada pokok hendaklah dalam ukuran 1cm diameternya kena sama dengan cantuman pokok yang hendaklah sama juga (cantuman)
Kami juga telah mengenalpasti peralatan yang perlu digunakan di dalam amali petang ini seperti :
Pisau Lipat
Plastik Aiskrim
Plastik Parafilm / Seletep Paip (White Tape)
Pokok yang hendak dicantum
Di sini, kami menerangkan serba sedikit mengenai kaedah penyediaan cantuman baji ini.
Pucuk pokok hendaklah dipotong dan dibuang daunnya.
2. Pokok tersebut dibentukkan dalam keadaan serong (baji).
3. Pokok yang hendak dicantum akan dipotong atau dibelah pada bahagian tengahnya sama panjang dengan pokok baji tersebut. Pastikan diameter kedua-duanya adalah sama.
4. Plastik parafilm akan dililitkan pada pokok yang dicantum tadi.
5. Plastik aiskrim digunakan untuk menutup pokok tersebut. Ikat dengan kemas. (Pastikan plastik aiskrim ditiup dahulu sebelum digunakan untuk menutu pokok tersebut.