Membina struktur sokongan pada tumbuhan
Dalam aktiviti membina struktur sokongan pada tumbuhan, kami diberikan pendedahan oleh Dr. Husna berkenaan apakah struktur sokongan, jenis-jenis struktur sokongan dan mengenalpasti apakah tanaman-tanaman yang memerlukan struktur sokongan. Setelah itu, kami didedahkan oleh Puan Salina tentang bagaimana untuk membina sistem sokongan asas bagi tanaman sayuran berbuah iaitu Tomato.
Gambar di atas adalah merupakan cara bagaimana untuk memasang struktur sokongan pada polibeg tanaman menggunakan tali. Tali adalah sebagai struktur sokongan asas bagi Tomato.
Gambar di atas pula merupakan langkah kedua iaitu mengikat tali sokongan pada tali yang telah dibuat khas bagi membina struktur sokongan. Dengan itu, pokok Tomato akan membesar dengan melilit pada tali yang telah dibuat.