Pembiakan tut
Pada minggu ini juga, kami melaksanakan amali pembiakan aseksual yang seterusnya iaitu pembiakan tut. Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk. Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air.
Langkah-langkah pembiakan tut adalah seperti di bawah:
Langkah 1
- Kenalpasti dahan atau ranting pada pokok induk yang akan ditut.
-Dahan tersebut haruslah dahan yang sihat dan tidak terlalu tua juga tidak terlalu muda
-Bersihkan kawasan yang akan ditut daripada daun-daun dan ranting-ranting kecil
Langkah 2
-Buang lapisan pertama kulit pada dahan dengan ukuran 1.5cm
Langkah 3
-Pada dahan, terdapat kambium yang mana merupakan pembawa makanan pada setiap tumbuhan. Untuk pembiakan tut, kambium pada bahagian yang akan ditut perlu dihapuskan dengan mengikis bahagian tersebut.
-Kelar sedikit pada kulit dahan dan letakkan penggalak akar.
Langkah 4
-Peatmoss digunakan sebagai medium semaian
-Kepalkan peatmoss membentuk bulat, letakkan di atas plastik transparens yang akan digunakan untuk membalut dahan.
-Tekan peatmoss dengan jari membentuk lengkuk
Langkah 5
-Bungkus batang/dahan dengan medium yang telah disediakan kemudian ikat pada hujung kiri dan kanan menggunakan tali rafia
Pembiakan tut mengambil masa lebig kurang 3 minggu untuk mengeluarkan akar. Apabila akar sudah mulai keluar, dahan tersebut boleh dipindahkan ke dalam pasu atau batas.