Penghapus perosak organik
Pada minggu ini, kami menyediakan penghapus perosak organik yang mana ianya tidak mempunyai bahan kimia seperti racun perosak yang dibeli di kedai. Ianya dihasilkan daripada bahan organik seeri cili padi, bawang putih, cuka dan pencuci pakaian. Penghapus perosak tanaman ini mampu mengurangkan serangan daripada perosak pada tanaman namun ianya tidaklah begitu berkesan berbanding racun perosak kimia. Tetapi, penghapus perosak organik ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan terhadap tanaman dan juga tanaman tersebut selamat untuk dimakan oleh manusia.
Langkah-langkah penyediaannya adalah seperti di bawah :
Langkah satu
-Sediakan bahan-bahan iaitu selabu bawang putih, 6 biji cili padi, sesudu pencuci pakaian dan sesudu cuka.
Langkah dua
- Potong bawang putih dan cili padi seperti dalam gambar untuk memudahkan proses mengisar
Langkah tiga
-Kisar bahan yang telah dipotong dengan campuran 200ml air
Langkah empat
-Tapis bahan yang telah dikisar kedalam bekas/balang
-Untuk mendapatkan pati daripada bahan kisaran
Langkah lima
-Masukkan 300ml air ke dalam pati tersebut untuk disimpan
-Tambahkan lagi 200ml air bersama sesudu pencuci pakaian dan sesudu cuka jika hendak digunakan