MENUAI & MENJUAL SAYUR
Kami menerima taklimat untuk perjalanan amali pada petang Isnin ini. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan tugasan kerja mengikut proses-proses yang telah dicadangkan.
boleh lihat sayur-sayur pada batas kami...
Kami diajar oleh Puan Salina mengenai cara memilih sayur sebelum melakukan kerja menuai. Sayur pada setiap batas akan dipilih mengikut kesesuaian yang telah diberitahu oleh Puan Salina sebelum kami melakukan kerja menuai.
Enam orang pelajar ditugaskan untuk melakukan kerja menuai sayur pada semua batas.
Sayur-sayur dikumpul & dihantar kepada kumpulan seterusnya yang terdiri daripada lima orang pelajar untuk melakukan pembersihan pada akar sayur yang telah dikutip tadi. Gambar di bawah ini, antara orang yang melaksanakan tugas ini.
Dua orang pelajar lagi akan menghantar sayur kepada kumpulan berikutnya yang terdiri daripada tujuh orang pelajar untuk melakukan proses menimbang sayur sebanyak 400g dan dibungkus dengan plastik yang telah dilabelkan dengan logo unit pertanian kami. (Sorry, tiada gambar)
Pastu beberapa orang pelajar ditugaskan untuk menjual sayur-sayur tadi. Satu bungkus setiap sayur dijual dengan harga RM1.50. Sayur-sayur dijual disekitar UTM terutama di kawasan bangunan fakulti, Canselor, pejabat HEMA dan lain-lain.
Duit hasil jualan diserahkan kepada wakil kelas kami untuk dikumpulkan kesemuanya sebelum diserahkan kepada Encik Abang. Selesai pembelajaran kami pada petang tersebut