PENYEDIAAN PEMBIAKAN TAMPANG
Kami diarahkan untuk menyediakan 4 pasu berisi medium di dalamnya.
Kami berkumpul dan diberi taklimat serta pendedahan pembelajaran berkaitan pembiakan tambang untuk perjalanan amali pada petang Isnin ini. Kami diminta menunjukkan pokok yang telah kami bawa untuk kegunaan dalam proses keratan batang. kami telah membawa dua batang pokok plumeria yang lebih dikenali sebagai pokok kemboja.
Kami diarahkan untuk menyediakan empat jenis pembiakan tampang iaitu:
keratan batang
Rizom
bebawang
umbisi
Stolen
Setiap pasu yang berisi dengan medium tadi dikehendaki mempunyai setiap jenis pembiakan tampang yang telah dijelaskan oleh Puan Salina. Sebelum melakukan kerja pembiakan tampang, kita perlu mengenalpasti empat perkara penting :
ciri-ciri pokok yang hendak digunakan
penggunaan penggalak akar. Nombor pada botol penggalak akar yang dilabelkan dipastikan sesuai dengan jenis batang yang hendak digunakan.
batang pokok yang lembut.
batang pokok sederhana lembut
batang pokok yang keras
penggunaan gunting dan pisau untuk pemotongan bahagian pokok
penyediaan medium semaian yang hendak digunakan
Langkah kerja penyediaan pasu pertama pembiakan tampang jenis kertan batang :
Batang pokok kemboja dipotong serong pada bahagian bawah dan bahagian atasnya dipotong rata.
Batang pada bahagian serong tadi diletakkan dengan serbuk penggalak akar.
Tiga lubang disediakan pada medium di dalam pasu pertama dengan ketinggian setengah jari telunjuk.
Keratan batang yang diletakkan dengan serbuk penggalak akar tadi dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan ditimbus.
Langkah kerja menyediakan pasu kedua dengan pembiakan tampang jenis bebawang :
Tiga ulas bawang putih dipilih dan diambil.
Proses kerja sama seperti proses keratan batang tadi kecuali pada jenis bebawang ini tidak memerlukan serbuk penggalak akar dan bawang putih tidak ditanam penuh.
Langkah kerja menyediakan pasu ketiga dengan pembiakan tampang jenis Rizom :
Halia dipotong kepada beberapa bahagian mengikut kesesuaian dengan memastikan potongan halia tadi mempunyai pucuk padanya.
Proses kerja sama seperti bebawang.
Langkah kerja menyediakan pasu keempat dengan pembiakan tampang jenis Stolen :
Pokok pegaga yang saling berhubung diputuskan pada bahagian tengah antara dua pokok pegaga tersebut.
Kaedah kerjanya juga sama seperti bebawang dan Rizom tadi.
Setelah siap, pasu ditanda nama dan disusun mengikut jenis pembiakan tampang.
kami diarahkan ke batas untuk melakukan pemerhatian pada anak pokok dan beberapa orang pelajar dipanggil oleh Dr. Husna untuk melakukan ujian lisan amali.
Sebilangan batas dikehendaki menyediakan longkang pada batas untuk mengalirkan air yang bertakung pada batas. Ini adalah bertujuan untuk membuang lebihan air yang bertakung yang membolehkan anak pokok menjadi lemas.
Selesai pembelajaran kami pada petang tersebut.