top of page

Minggu ke-enam di ladang UTM

Assalamualaikum semua. Pada entri kali ini, kami akan berkongsi dengan semua pembaca tentang aktiviti kami di ladang UTM pada minggu ini. Terdapat beberapa amali yang telah kami laksanakan pada minggu ini. Amali pertama adalah meneruskan sistem tanaman fertigasi, yang kedua, penyedian PVC untuk tanaman hidroponik takung dan akhir sekali, seperti biasa, merumpai dan menyiram pokok sayur pada batas kami.

Untuk amali pertama, pada minggu ini, kami hampir menyiapkan pemasangan sistem fertigasi. Pada entri minggu sebelum ini, kami telah berkongsi aktiviti kami menanam pokok untuk sistem fertigasi. Bagi yang membaca entri kami sbelum ini, sepastinya mengetahui medium tanaman yang kami gunakan iaitu cocopeat. Penggunaan cocopeat adalah bertujuan untuk mengekalkan kelembapan bagi sumber air kepada tumbuhan. Seperti yang telah juga diterangkan dalam entri sebelum-sebelum ini, tentang kelebihan penggunaan cocopeat pada tanaman iaitu salah satunya dapat mengekalkan kelembapan pada tanaman. Sebelum kami berkongsi pengalaman kami, kami ingin memberikan sedikit pengetahuan tamabahan kepada semua pembaca mengenai Fertigasi.

APA ITU FERTIGASI :

Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.

Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

• Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman; • Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit; • Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak; • Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi; • Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh; • Kualiti hasil yang lebih baik; • Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%; • Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai; • Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda. • Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Dalam kaedah Fertigasi, beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

Seperti yang dinyatakan di atas, fertigasi merupakan aktiviti pemberian nutrien kepada tanaman melalui sistem pengairan titis. Untuk itu, pada minggu ini, kami menyambung kembali proses tanaman fertigasi iaitu menyediakan sistem pengairan titits. Dalam entri seterusnya kami kongsikan aktiviti penyediaan sistem pengairan fertigasi yang telah kami laksanakan.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page