MINGGU INI : TANAMAN FERTIGASI
Minggu ini, kami telah menjalankan tanaman fertigasi di ladang. Beberapa langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan tugasan tersebut. Antaranya ialah :
Pembahagian pelajar kepada 2 kumpulan mengikut tugasan yang diberi selepas menerima taklimat daripada Puan Salina, Encik Abang dan Encik Faris.
Kumpulan pertama terdiri daripada 5 orang pelajar untuk menyediakan 100 polybag dan disusun di satu tempat. Setiap pelajar diperuntukan 5 polybag.
Manakala kumpulan kedua terdiri daripada 15 orang pelajar untuk mengambil 14 guni cocopeat dari kawasan berdekatan reban ayam. Tiga bekas besar disediakan untuk meletakkan cocopeat tersebut.
Kemudian, cocopeat tersebut disiramkan dengan air untuk melembapkannya dan digaulkan sama rata.
Cocopeat dimasukkan ke dalam polybag di mana isi cocopeat hanyalah separuh daripada polybag tersebut.
Polybag dibawa dan diletakkan di kawasan tanaman fertigasi.
Polybag tersebut ditanda nama dan disusun mengikut kedudukan nombor batas masing-masing.
Buat satu lubang kecil di tengah-tengah cocopeat pada polybag. Kemudian, masukkan anak pokok tomato dan ditimbus semula.
Anak pokok tersebut disiram dengan air.
Setelah selesai tugasan pertama ini, kami diminta untuk berada di kedudukan batas masing-masing untuk proses penyemakan sayur pada batas samada perlu dilakukan proses penjarangan ataupun tidak.