top of page

Persediaan Fertigasi dan Hidroponik

Seperti yang telah dimaklumkan di entri sebelum ini, kami akan malakukan dua lagi amali tanaman yang mana menggunakan sistem tanaman Hidroponik dan juga Fertigasi. Pada minggu ini, kami sempat membuat beberapa persedian untuk dua amali ini. Pada minggu yang sebelum ini, kami ada berkongsikan pengalaman kami membuat persediaan tempat atau kawasan yang akan berlangsungnya amali Fertigasi kami. Jadi pada minggu ini, kami sudah mula menyemai beberapa jenis tanaman sayuran untuk digunakan dalam amali Fertigasi dan juga Hidroponik.

Semaian biji benih dilakukan kerana untuk aktiviti Fertigasi dan Hidroponik, kami akan menggunakan anak pokok hasil percambahan daripada semaian. Pada kali ini, kami membuat semaian biji benih menggunakan medium peatmoss.

Setiap daripada kami diarahkan untuk menyemai 5 unit biji benih di dalam cawan yang mana telah dibuat lubang di bawahnya. Fungsi lubang pada cawan adalah untuk membolehkan peatmoss menyerap air untuk membolehkan percambahan biji benih dan membolehkan aliran air berlaku.Hal ini kerana, cawan yang mengandungi biji semaian itu akan diltekkan di dalam bekas yang mengandungi air, jadi kami tidak perlu menyiram semaian tersebut. Lubang tersebut dibuat menggunakan pemateri atau 'Solder'.

Antara biji benih yang diberi adalah 'Japanees cucumber' dan Terung. Kami di arahkan untuk meletak peatmoss kedalam cawan dalam anggaran suku atau separuh cawan. Peatmoss tidak boleh terlalu padat. Kemudian, buat lubang pada isian peatmoss untuk memasukkan 1 biji benih bagi setiap cawan. Lubang tidak boleh terlalu dalam kerana untuk memudahkan pucuk keluar.

Langkah terakhir, letakkan cawan-cawan yang telah mengandungi biji benig semaian di dalam bekas yang mengandungi air.

Gambarajah di bawah adalah merupakan Peatmoss. Maklumat di bawah adalah untuk pengetahuan tambahan semua pembaca mengenai apa itu peatmoss.

Peat-moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Namun komponen utamanya ialah lumut sphagum. Peat-moss adalah nama tipikal bagi tumbuhan lumut sphagum yang telah reput atau diproses menjadi kompos iaitu tumbuhan asli yang tumbuh di seluruh bahagian dunia. Dalam bahasa mudah peat-moss adalah sejenis lumut yang dipangil lumut sphagum diproses menjadi kompos untuk kegunaan dalam bidang pertanian.

Petani modern sangat suka menggunakan peat-moss untuk tujuan semaian kerana ia boleh menyimpan air selain kaya dengan nutrien yang boleh mempercepatkan pertumbuhan anak benih. Namun begitu, tumbuhan ini mengambil masa untuk dikompos atau lambat mati. Biasanya tumbuhan lumut sphagum ini tumbuh di kawasan lumpur yang dalam yakni kawasan paya basah. Sesetengah kawasan paya basah di dunia dipenuhi oleh lumut ini dan mempunyai lapisan sphagum yang sangat padat dan dalam. Struktur selnya peat-moss ini boleh menampung air seperti span.Biasanya lumut ini sangat sesuai tumbuh di kawasan beriklim sejuk dan tanah bergambut. Inilah sebabnya kompos itu dipanggil peat-moss (lumut-gambut).Negara Canada merupakan pengeluar peat-moss terbesar di dunia yang diproses menjadi kompos dan di eksport ke luar negara termasuk negara kita.

Terdapat beberapa kelebihan peat-moss dalam bidang pertanian iaitu :

1) Peat-moss mampu menyimpan air dan tidak mudah kering. Oleh itu ia mampu melembabkan tanah untuk kebaikan kepada tanaman.

2) Peat-moss juga kaya dengan zat makanan kepada anak benih .

3) Boleh digunakan sebagai fertilizing bagi ladang-ladang besar atau kebun sendiri.

4) Peat-moss boleh digunakan sebagai mulsa (mulch) pada batas tanaman, ia bukan sahaja membekalkan kelembaban kerana mampu menyimpan air tetapi juga membekalkan nutrient pada tanaman.

5) Peat-moss boleh melindungi tanah daripada kekerasan disamping menambah zat makanan.

6) Mengurangkan kepadatan pada tanah liat dan mengikat pada tanah jenis berpasir. Tambah peat-moss pada batas yang mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi. Ini akan mengurangkan ikatan tanah liat menjadi tidak padat manakala tanah pasir yang terlalu berderai dapat dikurangkan.

7) Mempercepatkan pertumbuhan akar dengan cemerlang pada tanaman.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page