top of page

Minggu ke-4 di Ladang UTM

Assalamualaikum semua. Pada minggu ini, kami akan menyambung lagi perkongsian kami mengenai ilmu pertanian. Pada minggu ini, kami masih lagi meneruskan proses untuk menanam benih sayuran pada batas kami. Seperti yang telah dikongsikan pada minggu lepas, kami telah menyemai biji benih sayur-sayuran pada batas yang telah kami sediakan sejak 3 minggu yang lalu. Untuk mengimas kembali langkah-langkah untuk menanam benih pada

batas boleh merujuk carta alir dibawah :

Carta alir dibawah adalah merupakan proses yang dijalankan dari minggu pertama sehingga minggu ketiga. Jangan keliru, kerana masih banyak lagi proses yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan tanaman yang berupa produk yang boleh dimakan dan dijual.

Proses yang seterusnya pada minggu ini mengenai tanaman sayuran pada batas adalah mengenalpasti percambahan biji benih membentuk anak pokok. Proses ini sangat penting untuk membuat keputusan samaada batas masih perlu ditutup dengan kain net atau tidak.

Perkara ini menjadi perhatian kerana seandainya biji benih telah bercambah maka anak pokok tersebut memerlukan lebih cahaya untuk terus membesar. Selain itu, kain net yang menutupi batas boleh membantutkan tumbesaran anak pokok. Namun, jika biji benih belom bercambah atau masih terlalu kecil, batas masih perlu ditutupi dengan net kerana untuk melindungi biji benih ata anak pokok tersebut terdedah kepada terlalu banyak air sewaktu aktiviti siraman.

Gambar diatas adalah merupakan contoh anak pokok yang terhasil dari percambahan biji benih. Anak pokok ini adalah antara kategori anak pokok yang sudah tidak memerlukan net untuk menggalakkan tumbesarannya.

Selain daripada aktiviti di batas tanaman, kami juga telah melakukan beberapa aktiviti amali lain pada minggu ini iaitu menyemai tanaman untuk sistem tanaman fertigasi dan juga sistem tanaman hidroponik. Kami akan berkongsi pengalaman menjalankan aktiviti ini di entry seterusnya.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page