top of page

MENANAM BIJI BENIH & MEMASANG NET PADA BATAS

28 Februari 2018 (Rabu)


Kami datang semula ke ladang pada petang Rabu yang lepas u.ntuk meneruskan aktiviti menanam biji benih. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami mendengar taklimat dari Encik Faris berkaitan penanaman biji benih di atas batas.


Kami diminta untuk menanam dua jenis biji benih sayur. Setiap satu paket biji benih tersebut dikongsi bersama tiga orang pelajar. Kandungan satu paket biji benih tersebut ialah 10 gram. Satu paket biji benih dicampurkan dengan lima sudu pasir dan digaulkan secara sebati.


Setiap batas dikehendaki mempunyai dua alur untuk dua jenis biji benih sayur yang berbeza. Kemudian, kami membuat alur di atas tanah pada batas dengan ukuran jarak antara alur adalah sejengkal. Dua alur disediakan untuk setiap satu jenis biji benih sayur.




Biji benih yang bercampur dengan pasir tadi ditaburkan ke dalam alur. Kemudian, alur tadi ditimbuskan dengan sedikit tanah.




Batas ditutupi dengan kain ‘net’ untuk melindungi biji benih dan batas disiram dengan air.




Selesai pembelajaran kami pada petang tersebut


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page