top of page

Pembersihan kawasan

Amali pertama kami pada minggu ini adalah membersihkan kawasan ladang yang mana kawasan tersebut akan dijadikan tempat kami menjalankan amali fertigasi nanti. Pada entri kali ini, kami tak nak cerita lagi apa itu fertigasi, sbb fokus kami pada kali ini adalah mengenai pembersihan kawasan. Kawasan yang kami bersihkan ini adalah kawasan yang mana sebelum ini digunakan oleh pelajar research. Mereka menggunakan kawasan tersebut untuk membuat kajian mereka. Jadi, bila kajian mereka sudah selesai, kawasan tersebut dah tak digunakan lagi, jadi sekarang kami akan memanfaatkan kawasan tersebut untuk menjalankan amali kami.

Gambar di atas adalah merupakan perkara pertama yang kami jalankan untuk membersihkan kawasan iaitu membuang kain net yang telah dipasang oleh pelajar research sebelum ni sbb untuk amali kami, kami akan memasang plastik UV. Untuk pengetahuan semua, plastik UV digunakan untuk menyaring sinar ultraviolet seterusnya dapat melindungi tanaman. Biasanya, plastik UV yang dijual dipasaran tertulis angka 6%, 12%, dan 14%. Angka tersebut adalah merupakan kandungan UV protector yang dimiliki plastik UV tersebut. UV protector ditambahkan mempergunakan lapisan bahan kimia pada plastik.

Sambil-sambil menunggu semua kain net dibuka oleh sebahagian daripada kami, sebahagian lagi mengambil tugasan melipat kain-kain net yang telah dibuka. Disebabkan kain tersebut agak besar, jadi kami bekerjasama untuk melipat kain tersebut. Pada masa ini, semua pelajar mengambil bahagian dalam melaksanakan aktiviti. Jadi tidak ada yang curi tulang atau hanya melihat. Kami sangat memegang konsep kerjasama kerana dengan kerjasama kerja yang berat akan merasa ringan dan kami juga seronok menjalankannya.

Senyuman terpancar bukan disegajakan tau, tapi memang kami gembira membuat aktiviti ini.

Sebahagian daripada kami mengambil tugasan mengangkat pasu-pasu plastik dan menyusun pasu tersebut di kawasan yang diarahkan.

Ini adalah gambar semasa Cik Abang menunjukkan demo untuk membuang rumpai pada lantai. Disebabkan lantai dikawasan ini adalah simen, jadi rumpai senang tumbuh. Rumpai-rumpai ni senang dibuang semasa ianya kering dengan menggunakan scope. Rumpai yang di scope dikumpulkan di dalam kereta sorong kemudian dibuang ditempat yang dikhaskan.

Lebih kurang 1 jam setengah, kami selesai membersihkan kawasan tersebut dan meneruskan dengan amali kedua kami pada minggu ini.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page