top of page

Bancuhan Tanah

Amali kedua kami pada minggu ini adalah membuat bancuhan tanah. Amali ini dibuat adalah untuk menyediakan tanah yang akan digunakan pada hari karnival STEM pada 25 Februari nanti. Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, kami akan membuka booth pertanian pada hari karnival tersebut. Jadi kami memerlukan tanah yang subur untuk memindahkan anak pokok tomato yang telah kami semai pada minggu lepas untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang datang ke booth kami nnti.


Sebelum melaksanakan aktiviti, Encik Faris telah memberikan sedikit penerangan berkenaan campuran tanah dan juga demo. Untuk pengetahuan semua, bancuhan tanah adalah sangat penting dimana kita akan mencampurkan beberapa bahan yang sebenarnya terdapat di sekeliling kita sahaja bagi memastikan kesuburan medium tanaman kita .Bancuhan yang dibuat adalah menggunakan formula 3:2:1. 3 adalah mewakili tanah atas, 2 adalah mewakili bahan organik dan 1 mewakili pasir.


Tanah Atas

Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas yang berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti. Tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam adalah merupakan tanag yang paling kaya dengan bahan organik.


Bahan organik

Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah. Contoh bahan organik adalah mana-mana najis haiwan peliharaan seperti ayam, arnab,kambing, lembu, kuda dan banyak lagi.


Pasir

Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini akan memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik dan dapat menyerap oksigen dengan baik.

Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Terdapat juga pasir yang tidak sesuai digunakan untuk campuran tanah iaitu pasir pantai. Pasir pantai tidak sesuai kerana ianya terlalu halus dan mengandungi garam yangg tinggi yang akan merencat pertumbuhan tanaman.


Setelah penerangan diberi, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan mewakili tiga bahan yang harus diambil. Dalam amali kami, kami menggunakan tanah atas yang ada di kawasan ladang, bahan organik kami menggunakan najis ayam dan pasir yang juga berada di kawasan ladang. Selepas bahan-bahan campuran diambil, kami meneruskan proses mencampur bahan dan menggaul sehingga sebati.


Gambar di bawah adalah merupakan baja organik


Gambar di bawah adalah merupakan tanah atas

Gambar di bawah ini adalah pasir

Gambar dibwah menunjukkan aktiviti menggaul tanah campuran. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir antara kami.


Setelah amali kedua selesai, kami meneruskan dengan amali kami yang ketiga iaitu membaja batas kami.


Dibawah ini telah kami sertakan video bagaimana proses membancuh tanah yang telah kami jalankan


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page